Struktur Maklumat & Struktur Tema

STRUKTUR MAKLUMAT
Definisi berdasarkan pandangan tokoh
Pendapat Halliday yang terdapat dalam penulisan Mohd. Rashid Md. Idris (2004: 12) menyatakan bahawa struktur maklumat termasuk ke dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema wacana.
Sanat Md. Nasir (Mohd Rashid Md Idris, 2007: 78) mendefinisikan struktur maklumat sebagai suatu struktur yang membina unit maklumat. Unit maklumat yang dimaksudkan ini ialah unit struktural yang terdiri daripada maklumat baru dan maklumat lama. Maklumat lama adalah bersifat opsional kehadirannya seperti rumus yang ditunjukkan di bawah.
UNIT MAKLUMAT = (MAKLUMAT LAMA) + MAKLUMAT BARU
Pengaliran maklumat akan berlaku apabila wujudnya perubahan status idea penutur dan pendengar tentang sesuatu objek, keadaan atau kejadian semasa menggunakan bahasa atau memahaminya. Status idea yang disebut di sini menjelaskan kepada kita berupa maklumat lama dan maklumat baru.

Fungsi struktur maklumat
1)      Sumber kepada penutur atau penulis dengan tujuan memberitahu kepada pendengar atau pembaca mengenai status maklumat tersebut.
2)      Membina unit maklumat.

MAKLUMAT LAMA
Menurut Halliday (Mohd Rashid Md. Idris, 2004: 14), beliau menjelaskan bahawa maklumat lama adalah berdasarkan kepada konsep ‘given’ ataupun dikenali sebagai sudut pandangan penerima.
Menurut Pickering pula, beliau menggunakan konsep ‘recoverable’ ataupun dapat dibina semula untuk mendefinisikan maklumat lama (Mohd Rashid Md Nasir, 2004: 15).

Penanda maklumat lama
(a)    Kaedah perujukan (reference)
-          Perkara atau hal yang secara langsung dirujuk melalui teks dan rujukan yang dibuat itu dan dapat dikenal pasti melalui penggunaan kata ganti.
b)   Kaedah penggantian (substitution)
-      Sesuatu unsur yang disebut, kemudian digantikan dalam bentuk baharu secara sistematik ataupun nahuan.
c)    Kaedah pengulangan (recurrence)
-          Perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya.
(d)   Kaedah pengulangan sebahagian (partial recurrence)
-          Perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang.
(e)    Kaedah penghilangan (elipsis)
-          Didefinisikan sebagai berlakunya penghilangan penyampaian atau amanat penulis. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah elipsis.
(f)    Kaedah leksikal
-          Pertalian antara ayat secara semantik. Hal yang demikian ini bermaksud, setiap ayat mengandungi ikatan atau pertalian yang dihubungkan secara semantik.
(g)   Kaedah parafrasa (paraphrase)
-          Penyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya berbeza.

MAKLUMAT BARU
Menurut Crystal maklumat baru menggunakan konsep tambahan (Mohd Rashid Md Nasir, 2004: 19). Konsep tambahan merujuk kepada maklumat baru yang ditambah itu sepatutnya dibatasi kepada pola ayat yang memperlihatkan suatu susunan maklumat apabila judul dan cerita masing-masing bersesuaian dengan maklumat lama dan maklumat baru kerana bahasa dapat menyediakan pelbagai pola susunan maklumat secara teoritis.
Penanda maklumat baru
a)      Maklumat baru tambahan
b)      Maklumat baru konstrastif
c)      Maklumat baru pemberian neutral
d)     Maklumat baru fokus

STRUKTUR TEMA
Definisi berdasarkan pandangan tokoh
Menurut pendapat Halliday yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris (2007: 76), struktur tema merupakan salah satu struktur yang bercirikan amanat.
Menurut Samad Md. Nasir, struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat (Mohd Rashid Md Idris (2004: 21). Menurutnya lagi, klausa sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat. Manakala rema pula adalah yang selebihnya, iaitu bahagian yang mengembangkan ataupun menerangkan tentang tema.
ST (Struktur Tema)                 T (Tema) + Rema (Rema)

Pembahagian struktur tema
Tema
Tema lazimnya berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan perhatian dalam klausa. Selain itu, tema juga merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema boleh terdiri daripada kata nama, kata sendi nama dan kata hubung.

Rema

Rema pula didefinisikan sebagai bahagian yang mengembangkan tema. Lazimnya, rema terletak pada bahagian belakang, yakni selepas tema.

No comments:

Post a Comment