ASPEK TATABAHASA WACANA
Definisi
·
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, aspek
merujuk kepada segi, sudut, bahagian (untuk diberikan perhatian dan sebagainya)
·
Aspek tatabahasa merujuk kepada
keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta
menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat.
Selanjutnya boleh rujuk link ini https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/07-aspek-tatabahasa.pdf
·
Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai
siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Crystal
menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujukan bahasa (biasanya
lisan) yang lebih besar daripada ayat. Selanjutnya
boleh rujuk link ini http://mlc.alc.nie.edu.sg/docs/sanat_mdnasir.pdf
Dalam
tatabahasa wacana, terdapat beberapa komponen yang dapat dikategorikan.
Pertama, wacana mempunyai koheren iaitu pertautan antara satu ayat dengan ayat
yang lain, satu perenggan dengan satu perenggan yang lain dan satu idea dengan
satu idea yang lain. Hal ini bermakna dalam sebuah penulisan, idea-idea yang
dikemukakan mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.
Komponen
yang kedua ialah kohesi yang merupakan kesepaduan dalam penulisan. Dalam proses
penulisan, keutuhan dan ketepatan wacana haruslah jelas dengan konteks
penulisan. Seterusnya adalah tujuan dalam penggunaan wacana. Sekiranya
seseorang ingin menggunakan wacana, seseorang penulis haruslah mempunyai tujuan
untuk menentukan jenis wacana yang hendak digunakan. Komponen yang keempat
ialah maklumat. Dalam setiap ayat harus mempunyai maklumat yang baharu dan
saling berpaut antara satu sama lain. Sesebuah wacana harus diterima oleh
khalayak. Hal ini bermaksud bahawa setiap penerimaan pembaca dan pendengar
adalah tinggi dan mudah difahami apabila penggunaan wacana bersesuaian dan
mempunyai tujuan yang sama.
Ciri
yang seterusnya ialah andaian dan inferens. Inferens akan memberikan maklumat
baharu kepada andaian yang akan dinyatakan dalam ayat seterusnya. Gaya juga
merupakan sebahagian daripada ciri-ciri wacana. Gaya merujuk kepada gaya
bahasa, sama ada rasmi ataupun tidak rasmi dan bersahaja ataupun tidak
bersahaja. Komponen yang terakhir adalah memasukkan maklumat yang tidak
berlawanan dengan logik akal, selain tidak bertentangan antara maklumat dengan
ayat sebelumnya.
No comments:
Post a Comment